Friday, May 3, 2024
23 C
Brunei

    -

    Tiga warga Filipina maut dalam banjir UAE

    DUBAI, 19 APRIL – Tiga pekerja dari Filipina maut dalam banjir besar di Emiriah Arab Bersatu (UAE), pegawai Filipina mengumumkan, ketika negara padang pasir itu bergelut hari ini untuk pulih daripada hujan lebat paling lebat pernah direkodkan.

    Dua orang wanita sesak nafas di dalam kenderaan semasa banjir dan seorang lelaki maut apabila kenderaannya jatuh ke dalam lubang sanitasi, kata Jabatan Pekerja Migran Filipina dalam satu kenyataan.

    Wanita itu telah dilaporkan meninggal dunia di Dubai yang merupakan kematian pertama yang disahkan akibat banjir di bandar itu manakala lelaki itu pula telah meninggal dunia di Sharjah, beritahu pegawai media dari jabatan itu kepada AFP.

    Insiden itu menjadikan angka kematian meningkat kepada empat orang selepas seorang lelaki berusia 70 tahun lemas dengan kenderaannya hanyut di Ras Al-Khaimah.

    Ribut melanda UAE dan Bahrain Selasa lalu selepas mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di Oman, di mana sekurang-kurangnya 21 orang maut, menurut media rasmi, termasuk beberapa pelajar sekolah.

    Pusat kewangan Timur Tengah Dubai terjejas teruk akibat hujan, yang paling lebat direkodkan sejak 75 tahun lalu.

    Lapangan terbang Dubai, yang paling sibuk di dunia untuk pengembara antarabangsa, telah membatalkan lebih 1,000 penerbangan dan jalan raya terus ditenggelami air teruk serta dipenuhi dengan kereta terkandas hari ini. – AFP

    Kenderaan terkandas di dalam air banjir akibat hujan lebat di Dubai, UAE pada 18 April. Pegawai Filipina mengumumkan tiga pekerja dari Filipina telah terkorban akibat banjir tersebut. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 48

    BEIJING, 2 MEI - Angka kematian akibat runtuhan lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China telah meningkat kepada 48, kata media kerajaan hari ini,...