Monday, February 10, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tillerson cuba perbaiki hubungan AS-Mexico

    MEXICO CITY, 23 Feb – Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson hari ini mengadakan pertemuan bersama pemimpin-pemimpin Mexico untuk cuba menenangkan perbalahan terhadap dasar perdagangan dan imigresen Presiden Donald Trump.

    Trump membangkitkan kemarahan Mexico dengan berikrar untuk membangunkan tembok di sepanjang sempadan untuk menghindarkan pendatang haram, yang dianggapnya sebagai perogol dan penjenayah ketika kempen presidennya.

    Kerajaannya pada Selasa lalu mengeluarkan arahan baru kepada pihak berkuasa untuk mula menahan dan menghantar pulang pendatang tanpa izin, kebanyakan mereka adalah rakyat Mexico.

    Trumps juga mengancam untuk meletakkan penghadang terhadap eksport Mexico, tugasan syif dari negara itu ke AS dan juga menghentikan kiriman wang oleh warga Mexico yang berpangkalan di AS kepada keluarga mereka.

    Rex Tillerson ketika tiba di lapangan terbang antarabangsa Benito Juarez di Mexico City, Mexico. - AFP
    Rex Tillerson ketika tiba di lapangan terbang antarabangsa Benito Juarez di Mexico City, Mexico. – AFP

    Sekarang dia menghantar Tillerson dan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, John Kelly ke Mexico City untuk mengurangkan ketegangan dan membincangkan bersama Enrique Pena Nieto bagaimana untuk menghentikan penghijrah merentas sempadan dan penyeludupan dadah.

    “Ia adalah signifikan bahawa presiden telah menghantar setiausaha ke Mexico terlalu awal dalam pentadbiran. Ia adalah simbolik terhadap hubungan yang bermakna yang dimiliki oleh kedua-dua negara,” jurucakap Rumah Putih, Sean Spicer memberitahu wartawan semalam.

    “Ini adalah mesyuarat penting berhubung agenda presiden untuk memperbaiki kualiti kehidupan bagi rakyat Mexico dan AS dengan memerangi penyeludupan dadah dan mencari jalan untuk meningkatkan ekonomi kami menerusi hubungan yang lebih luas yang meningkatkan perdagangan dan imigresen sah.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda