Wednesday, November 27, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Timbalan Menteri Pertahanan diberhentikan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perintah supaya lantikan Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abdul Kadir sebagai Timbalan Menteri Pertahanan dan Pengarah Jabatan Menteri Pertahanan dan Jabatanarah Perancangan dan Strategik, Kementerian Pertahanan diberhentikan dengan serta-merta.

    Sehubungan itu, Baginda melantik Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof menjadi Menteri Pertahanan II (Kedua) secara sementara di samping tugasnya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

    Dengan itu, jawatan Timbalan Menteri Pertahanan ditiadakan. Tarikh penamatan dan pelantikan berkuat kuasa 27 Februari 2023.

    Yang Berhormat Pehin Halbi menjadi Menteri Pertahanan Kedua sementara.
    Brigadier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abdul Kadir yang diberhentikan serta-merta.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda