Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Timbalan menteri pertahanan diberhentikan  

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perintah supaya lantikan Brigadier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abdul Kadir sebagai Timbalan Menteri Pertahanan dan Pengarah Jabatan Menteri Pertahanan dan Jabatanarah Perancangan dan Strategi, Kementerian Pertahanan diberhentikan dengan serta-merta.

    Berikutan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia sukacita melantik Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Hajl Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjadi Menterl Pertahanan II (Kedua) secara sementara  di samping tugasnya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dengan pelantikan tersebut, jawatan Timbalan Menteri Pertahanan di Kementerian Pertahanan adalah dengan in ditiadakan. Tarikh penamatan dan pelantikan berkenaan berkuat kuasa mulai Isnin, 27 Februari.

     

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Hajl Awang Halbi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjadi Menterl Pertahanan II (Kedua) secara sementara  di samping tugasnya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
    Lantikan Brigadier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak sebagai Timbalan Menteri Pertahanan dan Pengarah Jabatan Menteri Pertahanan dan Jabatanarah Perancangan dan Strategi, Kementerian Pertahanan diberhentikan dengan serta-merta.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...