Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Qatar, Mesir jadi tuan rumah rundingan gencatan senjata

    KAHERAH, 25 FEB – Rundingan dua pusingan akan diadakan di Qatar dan Mesir untuk mencapai persetujuan mengenai gencatan senjata di Semenanjung Gaza yang kini berada di bawah pengepungan dan pengeboman Israel secara besar-besaran, lapor Al-Qahera News Mesir hari ini.

    “Perbincangan Doha dan Kaherah akan diadakan dengan penyertaan pakar dari Mesir, Qatar, Amerika Syarikat (AS) dan Israel, selain delegasi dari gerakan Hamas, sebagai lanjutan dari apa yang dibincangkan dalam pertemuan di Paris baru-baru ini,” kata Al-Qahera News memetik seorang pegawai Mesir yang tidak disebutkan namanya.

    Rundingan di Doha dan Kaherah bertujuan untuk mencapai kesepakatan mengenai gencatan senjata di Gaza bersama dengan pertukaran tahanan Palestin dan tebusan Israel, menurut laporan itu.

    Israel telah melancarkan perang ke atas Gaza selepas Hamas yang memerintah Gaza melancarkan serangan mengejut ke selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh kira-kira 1,200 orang Israel dan mengambil lebih daripada 200 sebagai tebusan.

    Sejak itu, serangan tentera Israel yang berterusan telah membunuh 29,692 orang rakyat Palestin dan mencederakan 69,879 yang lain, menurut data terbaru yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza hari ini.

    Mesir, Qatar dan AS menjadi perantara gencatan senjata selama seminggu antara Israel dan Hamas yang berakhir pada akhir November 2023, yang merangkumi pertukaran antara tahanan Palestin dan tebusan Israel dan lebih banyak penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza. – Xinhua

    Seorang kanak-kanak Palestin mengalami kecederaan selepas pengeboman tentera Israel di Semenanjung Gaza, 22 Februari 2024.- AP

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...