Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tindakan dua wanita langkah kubur dirujuk kepada JAKIM, Mufti

    KOTA BHARU, 26 MEI – Tindakan dua wanita melangkah kubur yang tular di media sosial akan dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Mufti.

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, itu kerana perkara itu berhubung kait dengan aspek hukum selain bagi meredakan perselisihan faham yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

    “Sekiranya masyarakat merujuk pihak agensi agama sebelum membuat apa-apa tindakan yang membabitkan sensitiviti agama, pihak jabatan akan terus memberi nasihat dan panduan kepada mereka untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

    “Pencipta kandungan diingatkan agar menjaga keharmonian agama untuk memastikan bahan kandungan yang dimuat naik di media sosial adalah berdasarkan nas yang sahih dan amalan yang dibenarkan Islam,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Bicara Eksklusif Bersama Penjawat Awam Persekutuan Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini hari ini. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...