Wednesday, March 29, 2023
26.4 C
Brunei

-

Tingkat kaedah pembelajaran

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 NOV – Pelajar muda yang mengikuti pembelajaran Bahasa Inggeris dalam program Cambridge YL di Pusat Latihan dan Pembelajaran CfBT telah menunjukkan kecekapan dan keyakinan mereka berbahasa Inggeris dalam majlis sambutan yang berlangsung di pusat berkenaan di Kiarong, hari ini.

Ketua latihan dan pembelajaran pusat berkenaan, Rob Tunnell menjelaskan, pelancaran semula program Cambridge YL telah bermula pada 2020 tapi aktiviti terhenti selama dua tahun akibat pandemik COVID.

Beliau berkata, gangguan kepada pembelajaran kanak-kanak ini telah menjejaskan pelajar di seluruh dunia, dan dengan gangguan besar dilihat berakhir, mereka berharap untuk terus menyokong dan mengembangkan kemahiran berbahasa kepada lebih ramai lagi kanak-kanak.

Sementara itu, Pengarah Pembelajaran CfBT, Jessica Tieng pula berkata, keputusan untuk membuat kumpulan YL mengikut umur bukanlah sesuatu yang mudah tetapi di CfBT, mereka yakin bahawa kelas yang diadakan berdasarkan kebolehan berbahasa Inggeris itu membolehkan lebih ramai lagi kanak-kanak untuk berkembang.

Majlis sambutan dimeriahkan dengan persembahan secara langsung dan video oleh pelajar berumur enam tahun ke atas dari kelas Cambridge Starters, Movers dan Flyers yang mana antara matlamat majlis itu adalah untuk mempamerkan kebolehan dan keyakinan kanak-kanak berbahasa Inggeris.

Antara pelajar, ibu bapa, guru dan kakitangan CfBT bergambar ramai semasa program berkenaan.

Antara pelajar muda yang mengikuti pembelajaran Bahasa Inggeris dalam program Cambridge YL di Pusat Latihan dan Pembelajaran CfBT. – Gambar serahan CfBT
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bangladesh larang penggunaan plastik di hutan bakau terbesar

DHAKA, 28 MAC – Ahli pemuliharaan Bangladesh kelmarin berkata pelancong membuang sampah di hutan bakau terbesar di dunia telah merosakkan ekosistem dengan serius, memaksa...
- Advertisment -