Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Tingkat kesedaran jaga alam sekitar

    Oleh Daniel Lim

    SERIA, 31 JAN – Sebanyak 22 anak pokok telah ditanam di sekitar kawasan bangunan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Bolkiah (SBC) sebagai sebahagian daripada Kempen Penanaman Pokok sempena Protokol Hijau dan Hari Bertindak, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengarah IBTE, Dr Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli.

    Turut hadir selaku tetamu khas ialah Penolong Pengurus Perhubungan Perniagaan Mitsubishi Corporation Brunei Liaison Office, Hajah Rohayati binti Haji Damit dan Ahli Mesyuarat Majlis Negara dan pengasas bersama Green Brunei, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji
    Ash’ari.

    Dalam kata-kata aluan, Pengurus Akademik IBTE Kampus Sultan Bokiah, Awang Mohd Zainor bin Haji Awang Zainal menjelaskan bagaimana inisiatif Protokol Hijau bertujuan untuk membantu mempromosikan kehidupan lebih mampan dalam usaha negara untuk mengurangkan jejak karbon.

    “Tahun ini, IBTE Kampus Sultan Bolkiah bekerjasama dengan Green Brunei dan Mitsubushi Corporation untuk menganjurkan tiga kempen penanaman pokok di kawasan kampus.

    Dengan adanya kempen seumpamanya diharap akan dapat membantu meningkatkan kesedaran dan memberikan kefahaman lebih baik mengenai bagaimana menjaga alam sekitar dan berkongsi tanggungjawab dengan semua,” ujarnya.

    Sementara itu, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa menjelaskan bahawa anak-anak pokok tersebut disumbangkan oleh Mitsubishi Corporation Brunei Liaison Office kepada IBTE dan diadakan sebagai sebahagian daripada Environmental Education Tour Project.

    Projek tersebut telah dimulakan akhir tahun lalu, di mana lebih 1,590 anak pokok telah diagihkan kepada orang awam secara pandu lalu di seluruh negara, manakala 50 anak pokok disumbangkan dan ditanam di Kebun Tang Salangan, Persekutuan Pengakap Brunei Darussalam (PPNBD), bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai isu perubahan iklim.

    Dengan usaha menanam anak pokok di seluruh kawasan kampus, IBTE Kampus Sultan Bolkiah dan Green Brunei serta Mitsubishi Corporation berharap ia bukan sahaja membantu mencantikkan kawasan kampus, dan juga supaya para pelajar dapat memberikan penghargaan sementara mengurangkan jejak karbon.

    Tetamu kehormat dengan bantuan pengurus akademik di IBTE SBC menanam salah satu anak pokok semasa acara itu.
    Yang Berhormat Dayang Khairunnisa turut membantu menanam anak pokok.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...