Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Tingkat kesedaran keselamatan pekerja

    Menyentuh mengenai isu keselamatan, terdetik di benak penulis ingin menyuarakan satu perkongsian berdasarkan pengamatan baru-baru ini mengenai satu kejadian yang berlaku di sebatang jalan dekat gedung perniagaan yang cukup dikenali di Daerah Brunei dan Muara.

    Pada kejadian yang berlaku dua minggu lalu, penulis sempat menyaksikan beberapa pekerja yang terdiri daripada warga asing sedang mengendalikan kerja-kerja penyelenggaraan di tiang-tiang lampu jalanan tanpa dilengkapi dengan sebarang alat keselamatan yang sepatutnya.

    Dalam hal tersebut, insiden seumpamanya amat mengganggu keselamatan awam dan sering kali menimbulkan kebimbangan yang mendalam terhadap masyarakat kita di negara ini.

    Tindakan itu bukan sahaja merisikokan para pekerja tersebut, malahan juga boleh mengancam keselamatan dan membahayakan orang ramai atau para pemandu.

    Perkara itu menunjukkan kecuaian serius pihak majikan terhadap undang-undang dan standard keselamatan dan ia memerlukan tindakan tegas daripada pihak berkuasa serta pihak yang relevan dalam pengurusan infrastruktur awam.

    Gambar Freepik

    Sehubungan dengan itu, dalam mengatasi perkara ini, pihak pengurusan bagi syarikat berkenaan sewajarnya menyediakan latihan keselamatan yang mencukupi kepada semua pekerja, termasuk warga asing.

    Pihak majikan perlu menekankan asas keselamatan seperti menggunakan kelengkapan dan peralatan yang betul, mematuhi penguatkuasaan undang-undang dan menubuhkan protokol HSSE, maka ia dapat menjamin kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan dengan selamat.

    Selain itu, penting untuk meningkatkan kepekaan keselamatan melalui kempen kesedaran awam.

    Masyarakat perlu tahu tentang hak keselamatan mereka dan memahami bahawa mereka berhak untuk berada dalam persekitaran yang selamat.

    Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam memantau dan memastikan pihak-pihak yang menggaji pekerja asing mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

    Melalui pendekatan ini, insyaAllah keselamatan di tempat kerja dapat ditingkatkan, risiko kemalangan dapat dikurangkan dan keselamatan setiap pekerja lebih terjamin.

    AminSJ

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    30 militan terkorban dalam operasi dekat dua sempadan

    ISLAMABAD, 20 NOV - Pasukan keselamatan Pakistan membunuh 30...

    SMAS anjur program bebas buli

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV -...

    Bengkel tingkat kefahaman pengurusan jenazah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV – Kullu Nafsin Zaiqatul...

    Puluhan sekolah ditutup akibat pasir permainan budak tercemar 

    SYDNEY, 18 NOV - Pasir permainan kanak-kanak yang diimport...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...