Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kesedaran memulihara alam sekitar

    Oleh James Kon
    Gambar oleh Bahiyah Bakir

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 DIS – Lebih 60 pemilik MINI dan rakan-rakan bersama kakitangan berkumpul bagi sama-sama membantu menanam 100 pokok di Hutan Simpan Berakas pada acara Big Love for the Planet anjuran MINI.

    Dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan, acara berkenaan adalah sebagai sokongan kepada usaha berterusan dalam pemuliharaan alam sekitar.

    Hadir menyokong acara tersebut ialah Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Catherine Pockhanavala-Cleeve.

    Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo dalam ucapan alu-aluannya gembira melihat ramai individu berfikiran sama, berkumpul bagi aktiviti bermanfaat berkenaan.

    “Tiada usaha terlalu kecil apabila ia mengenai kemapanan bagi alam sekitar dan kita semua boleh melakukan peranan kita untuk membantu masa depan yang lebih baik,” ujarnya.

    Semasa acara itu, Catherine turut memandu kereta hatchback MINI Copper dan mengetuai konvoi MINI ke Hutan Simpan Berakas.

    Sejurus tiba, para peserta mengambil bahagian dalam sesi senaman memanaskan badan kemudian berjalan selama 10 minit ke tapak penanaman pokok.

    Para peserta juga mempelajari mengenai teknik betul menanam pokok daripada pegawai-pegawai dari Jabatan Perhutanan.

    Alisa Khoo dan para peserta bergambar ramai semasa acara berkenaan.
    Antara peserta yang turut serta dalam penanaman anak pokok pada acara berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda