Thursday, December 26, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat persediaan, keselamatan melalui latihan

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 22 NOV – Mashhor Group Of Companies (MGCSB) baru-baru ini telah menganjurkan Latihan Respons Kecemasan (ERE) yang memfokuskan kepada Persediaan Kecemasan, Mencari dan Menyelamat serta Pemindahan Beramai-ramai yang berlangsung di sekitar pejabat utama mereka di G22, Jalan Pangsa, Seria.

    Latihan tersebut diketuai oleh Kumpulan Korporat Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (HSSE) dan Pengurus Aset, Awang Mohd Rizal bin Dr Haji Abdul Latif, tertumpu pada pemindahan semasa situasi kebakaran, dengan nama kod Operasi Tegas 2.

    Turut hadir, On-Scene-Commander (OSC), Awang Abdul Wadoud bin Awang Hamdani, serta anggota dari pihak berkuasa tempatan yang terdiri daripada Perkhidmatan Perubatan dan Ambulans Kecemasan (EMAS), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

    Latihan tersebut melibatkan pemindahan besar-besaran yang terdiri daripada lebih 180 kakitangan dari seluruh premis MGCSB dan turut merangkumi simulasi situasi sebenar seperti mencari dan menyelamatkan individu hilang, merawat mangsa yang cedera, serta menguruskan tumpahan bahan berbahaya.

    Data yang dikumpulkan menerusi latihan berkenaan akan memberikan gambaran keseluruhan peristiwa yang berlaku di mana ia digunakan sebagai rujukan dalam memberikan penambahbaikan dan pembelajaran semasa sesi postmortem selepas acara ERE yang diadakan pada hari itu.

    Latihan respon kecemasan yang berlangsung di sekitar pejabat utama MGCSB di G22, Jalan Pangsa, Seria. – GAMBAR SERAHAN MGCSB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda