Thursday, March 20, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkatkan kesedaran penggunaan eskalator

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Kanak-kanak yang berusia antara tiga hingga lima tahun mempunyai risiko yang lebih tinggi ditimpa kemalangan semasa menggunakan eskalator.

    Ini kerana mereka tidak berpeluang menggunakannya dalam tempoh tiga tahun kebelakangan disebabkan oleh penularan pandemik COVID dan berkemungkinan menganggap eskalator adalah seperti taman permainan bagi mereka.

    Sehubungan itu, Schindler Brunei mengadakan acara Hari Kesedaran Keselamatan Bersama
    Schindler, Kids and Safety, yang dirasmikan di The Mall, Gadong, hari ini.

    Hadir untuk sama-sama menyempurnakan perasmian kempen berkenaan ialah Pengarah Pemasangan Sedia Ada, Antah Schindler (Malaysia), Keith Ngu; Penolong Pengarah Autoriti Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kebangsaan (SHENA), Haji Nor Yasmin Haji Mohd Noor; Pengarah Schindler Brunei, Pengiran Haji Mohd Alimin bin Pengiran Haji Abdul Momin dan Pengurus Besar Schindler Brunei, Hajah Sakinah binti Haji Enchi.

    Hari Kesedaran Keselamatan Bersama Schindler yang berlangsung selama tiga hari hingga 7 Disember itu memberikan pendedahan kepada orang ramai untuk memahami keselamatan serta cara untuk menggelakkan daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

    Ia juga memberikan kesedaran kepada semua pengguna termasuk ibu bapa supaya mereka lebih peka dalam memastikan dan memahami arahan keselamatan yang dipaparkan di semua peralatan eskalator dan lif.

    Acara tersebut mengetengahkan pelbagai aktiviti menyeronokkan yang boleh disertai oleh kanak-kanak supaya mereka dapat belajar mengenai keselamatan eskalator dan lif.

    Keith Ngu, Hajah Sakinah, Pengiran Haji Mohd Alimin dan Haji Nor Yasmin bersama-sama menyempurnakan pelancaran Hari Kesedaran Keselamatan Bersama Schindler, Kids and Safety, di The Mall, Gadong, kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda