Nilai Baht Thailand yang tinggi dan penurunan kedatangan pelancong dari China telah menghentam industri pelancongan negara itu walaupun negara itu masih berharap untuk mendapatkan catatan 40 juta pelancong menjelang akhir tahun ini.
Kebanyakan pelancong yang memasuki Thailand berasal dari China dan negara-negara lain di rantau ini akan tetapi berjuta-juta pelancong juga berasal dari benua Eropah dan Amerika Syarikat malah kadar pertukaran mata wang sering mempengaruhi keputusan untuk melakukan aktiviti pelancongan bajet.
Sebelum Baht semakin diperkuat, kunjungan daripada pelancong China semakin menurun selepas berlaku insiden kapal di Phuket yang berlaku pada tahun lepas dan membunuh berpuluh-puluh pelancong di kawasan daratan.
Kedatangan pelancong dari China menurun hampir lima peratus dalam enam bulan pertama pada tahun ini berbanding dalam tempoh yang sama pada tahun 2018, menurut statistik rasmi.
Lonjakan yang tertinggi pada satu ketika dahulu juga tidak lagi dapat diulangi.
Pada tahun lalu, jumlah kedatangan pelancong dari semua negara meningkat lebih daripada 7.5 peratus berbanding pada tahun 2017.
Akan tetapi selepas separuh pertama pada tahun ini, kenaikan hanya dicatatkan sekitar 1.5 peratus sahaja. Pelancong dan kadar mata wang merosot kepada 2.3 peratus pada suku kedua tahun ini – terendah dalam masa lima tahun.
Minggu lalu, Thailand telah mencadangkan pakej rangsangan ekonomi yang bernilai AS$10 bilion termasuk membelanjakan sejumlah wang bagi meningkatkan cadangan pelancongan domestik dan cadangan visa percuma untuk pelancong dari China dan India.
Walaupun kunjungan ke tempat terkenal tidak lagi padat sebagaimana lazimnya, namun Thailand masih menjadi destinasi yang agak murah berdasarkan keadaan pantainya yang indah dan makanan jalanan yang terkenal di dunia. – AFP
