Saturday, October 1, 2022
24.8 C
Brunei

Tinjau perkembangan terkini PCBL

-

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JAN – Sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan bertukar pandangan bagi meningkatkan perkembangan semasa, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah telah meneruskan lagi lawatan ke pejabat PETRONAS Carigali Brunei Ltd (PCBL), di ibu negara, hari ini.

Dalam lawatan tersebut, TYT Dato’ Raja Reza bersama warga Suruhanjaya Tinggi Malaysia dialu-alukan oleh Ketua Negara PCBL, Awang Mohd Johan Ariff bin Mohd Supian bersama pegawai-pegawai serta kakitangan dari PCBL.

Lawatan antara lain bertujuan untuk mengetahui perkembangan terkini khususnya perjalanan syarikat di negara ini sekali gus mengadakan lawatan di ruang pejabat tersebut.

Dengan adanya lawatan sedemikian, pihak PCBL merakamkan penghargaan yang tidak terhingga atas sokongan dan kerjasama erat yang dihulurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan menambah untuk terus berusaha secara bersepadu untuk menggerakkan komitmen mendalam syarikat secara positif dari semasa ke semasa.

TYT Dato’ Raja Reza bergambar bersama pegawai dan kakitangan PCBL semasa lawatan ke pejabat PCBL kelmarin.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -