Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tip isi tali sulam ke dalam spool

    Oleh Raz AS –

    Pada masa kini, rata-rata kebanyakan pemancing di negara ini memilih tali sulam sebagai tali pancing utama mereka, lebih-lebih lagi dalam kalangan pemancing yang menggunakan kaedah casting atau pemancing laut dalam.

    Tali sulam sememangnya mempunyai kelebihannya tersendiri yang tidak ada pada tali pancing lain seperti monofilament dan fluorocarbon.

    Antara kelebihan itu adalah ia lebih nipis dan lembut berbanding tali-tali lain, sekali gus bukan sahaja membolehkan pemancing untuk mengisikan lebih banyak kuantiti tali ke dalam gelendong (spool) reel mereka, bahkan lontaran jauh dan tepat lebih senang dilakukan.

    Bukan itu sahaja, disebabkan tiadanya sifat renggangan pada tali sulam, menjadikannya sangat sensitif untuk mengesan getuan ikan dan memudahkan mata kail untuk tertancap lebih kemas ketika hook set dilakukan.

    Walaupun begitu, jika dibandingkan harga tali sulam dengan tali monofilament dan fluorocarbon, tali sulam adalah lebih mahal berbanding kedua-duanya, lebih-lebih lagi tali sulam daripada jenama-jenama yang terkenal dan berkualiti tinggi.

    Spool yang tidak penuh boleh mempengaruhi ketepatan dan jarak lontaran awda. – GAMBAR OLEH HENRY GILBEY
    Rata-rata kebanyakan pemancing di negara ini memilih tali sulam sebagai tali pancing utama mereka. – GAMBAR OLEH TAKE ME FISHING

    Justeru itu, di sini penulis ingin mengongsikan satu tip iaitu kaedah yang digunakan penulis untuk menjimatkan penggunaan tali sulam tanpa mengorbankan kuantiti tali dalam reel tidak penuh, yang mana boleh mengakibatkan lontaran tidak jauh atau tali tidak cukup atau habis sekiranya larian ikan tidak dapat dikekang, di samping masih dapat menikmati penggunaan tali sulam sepenuhnya.

    Kaedah ini dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai mono backing, di mana tali monofilament, yang jauh lebih murah berbanding tali jenis lain, akan digulung dahulu ke dalam gelendong sebelum tali sulam dimasukkan.

    Berdasarkan saiz reel, penulis selalunya akan mengisikan ¼ hingga ½ daripada kuantiti spool dengan tali monofilament terlebih dahulu. Contohnya ¼ bagi reel jenis spinning bersaiz 500 hingga ke 3,000 dan ½ bagi saiz 4,000 ke atas.

    Secara logiknya, kebanyakan pemancing tidak akan atau sangat jarang menggunakan lebih separuh daripada kuantiti tali yang terisi di dalam reel mereka, tidak kiralah disebabkan
    faktor kedalaman air, jauh lontaran atau ketika bertarung melawan ikan.

    Oleh yang demikian, cukuplah mengisikan tali sulam ke dalam reel seberapa yang dijangka perlu sahaja. Tambahan lagi, jika sampai waktu untuk menukarkan tali pancing setelah lama digunakan, awda hanya perlu menukarkan sebahagiannya sahaja berbanding sekiranya awda mengisikan 100 peratus dengan tali sulam.

    Mungkin awda boleh memotong sedikit tali bahagian luar yang kerap digunakan tetapi jika berbuat demikian, awda akan menghadapi masalah tali tidak penuh seperti yang dinyatakan di atas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...