Tuesday, April 29, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tips mudah bersihkan tandas dengan cepat

    SEBENARNYA, kita boleh mengekalkan kebersihan tandas dengan mudah jika kebersihannya dijaga setiap hari. Di samping itu, ada juga beberapa cara bersihkan tandas berdasarkan petua atau tips yang telah dipraktikkan sejak sekian lama.

    Di sini, kami ingin kongsikan cara bersihkan tandas yang efektif dan mungkin ramai tak tahu.

    Gunakan air suam

    Tahukah anda air suam atau air yang dihangatkan sedikit dapat menggandakan lagi keberkesanan sabun pencuci?

    Isikan baldi berisi air suam dan bilas lantai atau dinding menggunakannya. Juga berkesan jika dicurah pada sinki serta tab mandi dalam bilik air.

    Pembasmi kuman

    Jika anda tidak mahu menggunakan sabun pencuci kimia yang kuat baunya, apa kata buat sendiri serbuk pencuci semulajadi menggunakan campuran baking soda dan cuka.

    Lemon dan garam digunakan sebagai satu agen pencuci yang berkesan. – Agensi

    Kedua-dua bahan ini adalah penyerap bauan serta sifat asidik dalam cuka membantu dalam membasmi kuman dengan berkesan.

    Caranya mudah, campurkan sahaja kedua-dua bahan ini sehingga menjadi pes. Kemudian, sapukan pes ini pada lantai, dinding, atau mana-mana bahagian tandas. Biarkan selama 15 minit dan selepas itu bilas dengan air bersih. Mudah!

    Mencuci celah jubin

    Sekiranya tandas jarang disental atau lama ditinggalkan, lantai dan dinding boleh berkulat. Sesetengah kesan ini sukar ditanggalkan walaupun telah diberus.

    Untuk menanggalkannya, cuba campurkan cecair peluntur dengan cuka dalam sebuah botol spray. Kemudian, semburkan dan biar ia mengering (penting) sebelum membilas. Jika kesan masih tidak tertanggal, gunakan baking soda yang dilarutkan dalam sedikit air dan gunakan berus gigi terpakai untuk memberusnya.

    Baby oil sebagai pengilat pili

    Untuk mencuci kepala pili, anda boleh menggunakan sabun pencuci atau baking soda.

    Satu tips untuk menjadikannya lebih berkilat adalah dengan menyapukan sedikit minyak baby oil. Boleh berkilat macam cermin.

    Cara bersihkan lubang tandas

    Spraykan larutan cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan beberapa minit sebelum menggosoknya.

    Kalau nak lebih wangi, tambahkan sedikit tea tree oil atau perahan lemon. Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, bilas seperti biasa.

    Jangan lupa spraykan juga pada tempat duduk tanda, penutupnya, serta bahagian-bahagian yang terlindung pada tandas sebelum memberusnya.

    Lemon dan garam

    Selain cuka, anda juga boleh menggunakan lemon dan garam sebagai agen pencuci yang berkesan.

    Taburkan garam dan scrubkan bahagian kotoran dengan menggunakan lemon yang dibelah 2.

    Span untuk mencuci hos getah

    Perasankah anda, bahagian dalaman hos getah juga boleh berkulat jika tidak dicuci. Tapi, ia bukan kerja mudah kerana bahagian tersebut amat kecil dan sukar dicapai.

    Untuk mencucinya, sumbatkan beberapa keratan span basuh pinggan dan masukkan ke dalam hujung hos.

    Kemudian, pasangkan air dan biar span tersebut keluar melalui satu hujung lagi. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda