Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tom mahu fokus jaga kandungan

    Penyanyi Tom akhirnya dapat berehat serta memberi fokus kepada kandungannya yang sudah mencecah usia tujuh bulan selepas gagal mara ke final Famili Duo musim ketiga (FD3) Ahad depan.

    Tom atau Raja Farah Afzan Raja Ikram, 37, berkata, walaupun sering memberitahu dia seorang yang kuat namun jauh di sudut hati dia penat dan tidak berdaya meneruskan pertandingan berkenaan, kongsi mStar.

    Kata Tom, dia menganggap dia dan suami iaitu Fuad Rahman tersingkir sebagai hikmah dan boleh memberi fokus kepada kesihatan dan kandungan.

    “Saya sudah penat dalam keadaan sedang hamil tujuh bulan… Mungkin sebelum ini saya beritahu saya seorang yang kuat tapi sebenarnya saya sudah kehabisan tenaga.

    “Emosi saya tidak stabil, rasa tidak selesa sebab mungkin hamil anak perempuan. Tiada rezeki ke final mungkin Allah mahu saya berehat,” katanya kepada mStar.

    Tom berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas konsert separuh akhir FD3 yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam pada malam Ahad. – Agensi

    Tom mahu beri fokus pada kandungan. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...