Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tomyam seafood air tangan sendiri

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Tomyam adalah sejenis hidangan berkuah yang mempunyai dua versi iaitu jenis merah dan putih namun kedua-duanya tetap memiliki rasa yang sedikit pedas dan masam yang amat popular dalam masakan Thailand.

    Tarikan pada hidangan ini terletak pada sup herbanya dan lebih sedap jika disantap ketika ia masih panas-panas.

    Selain sesuai dimasak bersama makanan laut seperti udang, ketam, sotong dan ikan, ia juga sesuai dimasak bersama ayam atau daging atau tambahan mi.

    Supnya pula menggunakan bahan-bahan seperti serai, daun limau purut, lengkuas, cili, dan air asam yang memberi rasa pedas, masam dan sedikit manis.

    Kali ini resipi kita memfokuskan pada tomyam seafood jenis merah pekat yang menggunakan santan atau susu cair (jika suka).

    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva

    BAHAN-BAHAN

    Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat tomyam terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu bahan untuk pes tomyam seperti cili kering, dibuang biji dan rebus, bawang besar, bawang putih, lengkuas, halia, daun limau purut yang dihiris kasar, serbuk ketumbar, udang kering yang direndam dengan sedikit air sehingga lembut, air asam jawa, gula perang, serai yang dihiris nipis, sos ikan Thailand dan minyak untuk menumis.

    Manakala bahan-bahan untuk kuah tomyam adalah seperti air namun boleh juga guna air rebusan ayam atau seafood, isi ayam, santan atau susu cair bahagian dada dihiris nipis, udang, sotong, lobak, tomato, cendawan tiram, serai, daun limau purut, cili padi, sos ikan, limau nipis, pes tomyam, daun ketumbar dan bawang holland atau bawang besar kuning.

    CARA PENYEDIAAN

    Cara untuk menyediakan pes tomyam pula, mula-mula kisar semua bahan pes tomyam kecuali minyak masak di dalam blender sehingga halus.

    Selepas itu panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masak di atas api yang sederhana dan selalu kacau supaya pes tidak hangus. Kacau sehingga pes bertukar kepada warna merah gelap dan pecah minyak. Anggaran masa 20 hingga 30 minit. Angkat dan sejukkan.

    Manakala cara untuk masak tomyam pula, mula-mula panaskan air, masukkan pes tomyam (separuh dari pes yang dimasak di atas). Masak kuah sehingga mendidih dan masukkan serai bersama lobak dan masak seketika hingga lobak sedikit lembut.

    Selepas itu masukkan ayam, seafood, cendawan, jus limau nipis, cili padi, bawang holland dan sos ikan. Rebus seketika sehingga mendidih dan perasakan dengan garam, gula secukup rasa, santan atau susu cair. Kemudian angkat dan tabur dengan hirisan daun ketumbar dan ia sedia untuk dihidang.

    Sebagai tip tambahan pula, jangan rebus seafood terutama udang terlalu lama ia akan mengecut dan keras, sotong juga akan jadi liat dan keras. Memadai dengan hanya beberapa minit di dalam kuah yang mendidih. Selamat mencuba.

    Bahan-bahan:

    • Bahan untuk pes tomyam:
    o cili kering, dibuang biji dan rebus
    o bawang besar, hiris kasar
    o bawang putih, hiris kasar
    o lengkuas, hiris kasar
    o halia, hiris kasar
    o daun limau purut, hiris kasar
    o serbuk ketumbar
    o udang kering, rendam dengan sedikit air sehingga lembut
    o air asam jawa
    o gula perang (gula pasir biasa pun boleh)
    o serai, hiris nipis
    o sos ikan Thai
    o 1 senduk minyak untuk menumis

    • Bahan untuk kuah Tomyam:
    o air (boleh juga guna air rebusan ayam atau seafood, lagi sedap )
    o Santan atau susu cair (jika suka)
    o isi ayam, bahagian dada dihiris nipis
    o udang, dibuang kepala
    o sotong, potong ikut kesukaan awda
    o lobak
    o tomato, potong 4
    o cendawan tiram, jika suka
    o serai
    o daun limau purut
    o cili padi, belah dua di bahagian atas jangan smpai terputus
    o sos ikan
    o limau nipis, ambil jus
    o pes tomyam (separuh dari bahan pes tomyam yang disediakan di atas)
    o sedikit daun ketumbar
    o bawang holland atau bawang besar kuning, dipotong 4

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda