Tuesday, February 11, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tony Iommi terima Anugerah Keberanian

    PEMAIN gitar Black Sabbath, Tony Iommi mendapat penghormatan apabila menerima trofi Anugerah Keberanian (Courage Award).

    Dia menerima anugerah pada majlis Anugerah Muzik Loudwire di Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

    Penghormatan itu diberi sebagai mengiktiraf semangat kental Iommi bertarung dengan kanser limfoma serta azam tinggi perjuangan karier muzik walaupun terbabit dalam insiden menyebabkannya hujung dua jarinya putus ketika dia berusia 17 tahun.

    “Saya benar-benar rasa dihargai berada di sini bersama ramai rakan baik, Zakk (Wylde) dan setiap orang di sini,” kata Iommi selepas menerima trofi itu yang dibentuk menggunakan acuan tangannya.

    Dalam sejarah penubuhan kumpulan itu pada 1968, Iommi satu-satunya anggota Black Sabbath masih kekal beraksi pada setiap kemunculan semula mereka.

    Tony Iommi mendapat penghormatan apabila menerima trofi Anugerah Keberanian (Courage Award).

    Bagaimanapun, sejak lima tahun kebelakangan ini, tumpuan lebih terarah kepada tahap kesihatan selepas disahkan menghidap kanser itu (limfoma).

    “Pakar bedah memberitahu kanser itu tidak akan pergi dari hidup saya. Terdapat 30 peratus kemungkinan ia akan kembali semula dan boleh datang balik bila-bila masa,” katanya.

    Kumpulan itu menangguhkan sementara perancangan rakaman album berjudul 13 pada 2013 sementara menantikan Iommi mendapatkan rawatan membabitkan enam pusingan kemoterapi.

    Malah jelajah 28 negara kumpulan dirancang berdasarkan rawatan antibodi Iommi.

    Doktor menemui ketumbuhan dalam kerongkong yang kemudian dikeluarkan.

    “Saya menjalani pembedahan di England mengeluarkan benda terletak di belakang hidung saya. Doktor menemui benjolan tetapi ketika itu tidak tahu ia kanser atau tidak. Bagaimanapun, saya rasa okey buat masa ini,” katanya.

    Walaupun melalui pelbagai kesukaran Iommi kekal positif.

    “Saya diberikan enam peringkat kemoterapi selepas doktor memberitahu kanser sudah berada di tahap tiga,” katanya.

    “Semua itu benar-benar mengubah hidup saya seperti dilalui sekarang. Saya perlu menjalani saki-baki hidup kerana berada dalam arena ini selama 50 tahun.

    “Saya perlu lebih banyak berada di rumah, memberi lebih banyak tumpuan kepada rakan dan keluarga,” katanya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda