Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Totti temui sasaran, Roma mara

    MILAN, 2 Feb – Sepakan penalti di saat-saat akhir daripada Francesco Totti telah membawa Roma bertemu dengan pesaing bandar, Lazio di separuh akhir Piala Itali selepas menang tipis 2-1 ke atas Cesena awal pagi tadi.

    Totti telah diberikan permulaan yang jarang oleh jurulatih Roma, Luciano Spalletti, tetapi pesaing kejuaraan Serie itu memerlukan sehingga minit ke-68 untuk berjaya menembusi gawang lawan, dengan Edin Dzeko menyudahkan hantaran daripada Stephan El Shaarawy dari kiri melepas oenjaga gol Federico Agliardi.

    Pasukan divisyen kedua itu telah mendapat peluang bagi menyamakan kedudukan apabila penjaga gol Roma, Alisson, nyaris berlanggar dengan pemain pertahanan Kostas Manolas ketika melompat bagi membuat cabaran bola tinggi, memuntahkan bola di depan Luca Garritano yang merembat masuk dari kawasan tepi di minit ke-73.

    Pertahanan Roma, Kostas Manolas (kiri) cuba menghalang percubaan pemain Cesena, Alejandro Rodriguez dalam aksi suku akhir Piala Itali di Stadium Olympic. - AP
    Pertahanan Roma, Kostas Manolas (kiri) cuba menghalang percubaan pemain Cesena, Alejandro Rodriguez dalam aksi suku akhir Piala Itali di Stadium Olympic. – AP

    Totti nyaris memberikan pendahuluan bagi Roma menerusi sepakan percuma, namun Agliardi melakukan tugas yang baik dengan menepis bola.

    Perlawanan kelihatannya diheret ke masa tambahan sehingga Totti, yang bermain bagi musim ke-25 dan kemungkinan musim terakhirnya dengan kelab ibu negara itu, mengambil peranan untuk menewaskan Agliardi menerusi sepakan penalti dalam masa kecederaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda