Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    TQAS pertama di Brunei dibuka

    Oleh Ak Zaki Kasharan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OKT – Kien Sing Tan Auto Part Company selaku pengedar sah produk TotalEnergies di negara ini telah melakar sejarah tersendiri dengan pembukaan TotalEnergies Quartz Auto Service Centre (TQAS) yang pertama di negara ini.

    Majlis perasmiannya telah berlangsung di Kampung Menglait, Gadong, kelmarin di mana hadir selaku tetamu kehormat bagi menyaksikan sendiri pencapaian bersejarah dalam penyelenggaraan kenderaan di negara ini ialah Pengarah Jualan Komersial Total-Energies Marketing Asia-Pacific Middle East, Terry Hayashi.

    Pengurus Besar Kien Sing Tan Auto Part Company, Hong Chian Kai dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan bahawa pusat servis baharu itu bukan sahaja tempat untuk penyelenggaraan kenderaan tetapi juga melambangkan komitmen syarikatnya untuk memberikan perkhidmatan terbaik dengan menggunakan teknologi canggih dan penyelesaian mesra alam kepada pelanggan mereka yang sangat dihargai.

    “Kami sangat teruja untuk membawakan kepakaran global dan pendekatan inovatif TotalEnergies ke Brunei, menetapkan standard baharu dalam industri automotif, tambahnya.

    Pada majlis itu, Hong Chian Kai dan Terry Hayashi bersama perwakilan dari TotalEnergies bersama-sama memotong reben bagi merasmikan pusat berkenaan.

    Sempena pembukaan TQAS itu, syarikat berkenaan juga mengumumkan beberapa tawaran menarik termasuk penjimatan harga bagi pembelian pelincir TotalEnergies, caj percuma dan thermal flask percuma yang akan berlangsung sehingga 20 November.

    Terry Hayashi, Hong Chian Kai bersama perwakilan dari TotalEnergies merasmikan pusat TQAS pertama di Brunei. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar ramai bersama seluruh warga dan kakitangan Kien Sing Tan Auto Part Company. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...