Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    ‘Tradisi’ candat sotong di Kedah dengan keistimewaan tersendiri

    YAN, 22 FEB – Aktiviti mencandat sotong yang popular di pantai timur terutama di Terengganu, sebenarnya turut menjadi ‘tradisi’ dalam kalangan rakyat Kedah dengan sedikit kelainan dan keistimewaan tersendiri.

    Setiap tahun apabila berlaku peralihan monsun yang bermula pada Februari, suasana perairan Kuala Kedah di Alor Setar dan Kuala Sala dekat sini, bertukar menjadi ‘pesta’ mencandat sotong melibatkan penduduk sekitar dan dari luar daerah.

    Seorang nelayan yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Nelayan Negeri Kedah, Rosni Razak, 50, berkata terdapat perbezaan aktiviti mencandat sotong di pantai barat yang biasanya dilakukan di perairan pada kedalaman hanya lima hingga lapan meter berbanding di pantai timur pada kedalaman lebih 10 meter.

    “Selain itu, saiz sotong yang diperoleh di pantai barat juga sedikit kecil berbanding di Terengganu dan Kelantan,” katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini. – Bernama

    Nelayan menunjukkan hasil tangkapan ketika mencandat sotong di kawasan perairan Kuala Sala berhampiran Pulau Bunting di Yan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...