Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Trafik antarabangsa meningkat dipacu pembukaan semula sempadan

    KUALA LUMPUR, 21 APRIL – Rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di seluruh negara mencatatkan peningkatan 52 peratus bagi trafik antarabangsa pada Mac 2022 berbanding bulan sebelumnya.

    Dalam kenyataan hari ini, MAHB menjelaskan peningkatan dengan 420,000 pergerakan penumpang antarabangsa itu direkodkan susulan pelaksanaan pelbagai program Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin antara Kuala Lumpur dan Singapura, Bangkok, Phuket dan Phnom Penh selain antara Pulau Pinang dan Singapura.

    Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur turut mengalu-alukan syarikat penerbangan antarabangsa baru iaitu Air India Express pada 28 Mac, yang menyediakan penerbangan tiga kali seminggu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tiruchirappalli di Tamil Nadu, India, tambahnya.

    Ia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan asing dengan perkhidmatan berjadual antara Tiruchirappalli dan Kuala Lumpur, menurut MAHB.

    Sementara itu, syarikat penerbangan rakan kongsi juga terus menyambung semula lebih banyak laluan antarabangsa seperti Malaysia Airlines (MH) dan Malindo Air yang terbang ke Perth selepas pembukaan semula sempadan Australia pada 3 Mac.

    MH menyambung semula penerbangan ke lima bandar di India pada bulan yang sama, dengan perkhidmatan udara ke New Delhi, Bangalore, Mumbai, Chennai dan Hyderabad. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...