Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Transformasi negara ke arah kesiapsiagaan 5G

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Teknologi 5G akan dilancarkan di Negara Brunei Darussalam dalam masa yang terdekat tetapi perkara yang perlu ditekankan adalah teknologi hanyalah sebagai pemboleh dengan 5G, infrastruktur, Pusat Data (Data Centre), Cloud, Internet of Things (IoT) serta pelbagai komponen yang diperlukan terdapat di Brunei.

    Perkara yang perlu dititikberatkan adalah menumpukan kepada mentransformasikan idea-idea kita dan visi untuk 5G kepada aktiviti-aktiviti yang boleh diambil tindakan, untuk mengenal pasti dan menguji aplikasi yang akan menjana nilai dan bahan binaan bagi ekonomi digital kita.

    Kesimpulan itu dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Unified National Networks Sdn Bhd (UNN), Dr Steffen Oehler (gambar bawah) semasa menyampaikan pembentangan bertajuk 5G Readiness: What to expect and where are we now? di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

    Dalam pembentangan itu, Dr Oehler memberikan penerangan bagi menjana lebih kesedaran mengenai usaha UNN sejak penubuhannya dengan matlamat untuk melayani telekomunikasi digital Brunei dan menawarkan perkhidmatan telekomunikasi borong kepada klien tempatan dan antarabangsa, dalam memodenkan rangkaian, membolehkan lebih kesalinghubungan serta transformasi negara ke arah kesiapsiagaan 5G.

    Terdahulu dalam pembentangan berkenaan, beliau menerangkan mengenai perkembangan teknologi dan bagaimana teknologi khususnya dalam telekomunikasi, peranti, aplikasi telah merubah cara hidup kita, cara berkomunikasi dan bekerja dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini.

    Antara yang hadir pada sesi pembentangan berkenaan.

    Pada masa yang sama, beliau menyatakan bahawa kadar perubahan berkenaan bergerak dengan pantas di mana evolusi komunikasi telah menyaksikan kita melalui perubahan daripada 3G menuju 4G dan kini memasuki fasa 5G di mana kita akan mampu untuk menghubungkan segala-galanya.

    Ketika mengulas mengenai penciptaan teknologi 5G, beliau mengimbau mengenai penciptaan teknologi yang terdahulu adalah dihasilkan oleh jurutera dengan mengambil kira daripada segi perspektif teknologi.

    Namun dalam penciptaan teknologi komunikasi mudah alih terkini, terdapat perubahan daripada segi perspektif iaitu mengambil kira perspektif perkhidmatan dengan menekankan manfaat penggunaan sepenuhnya teknologi berkenaan, tambahnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...