JAKARTA, 30 JULAI – Enam maut manakala dua lagi cedera apabila sebuah kereta api merempuh sebuah van di Jombang, Jawa Timur, kelmarin, menurut polis Jombang.
Mangsa yang maut di tempat kejadian itu terdiri daripada penumpang van manakala dua lagi penumpangnya parah dan dikejarkan ke hospital tempatan.
Kemalangan berlaku kira-kira 11:15 malam waktu tempatan apabila van itu memandu melalui lintasan kereta api tanpa penghadang, di kampung Jabon di Kilometer 85 antara Stesen Jombang-Sembung.
Siasatan awal menunjukkan pemandu van itu tidak mengendahkan amaran pengguna jalan raya lain, yang berulang kali meminta pemandu itu berhenti.
Kereta api yang dikendalikan PT Kereta Commuter Indonesia itu kemudian melanggar dan mengheret kereta itu sejauh kira-kira 100 meter, tiada penumpang kereta api cedera dalam kemalangan tersebut. – Bernama
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/07/P10-ringkasan-1-Canva_31072023.jpg)