Sunday, November 17, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trend solekan 2024

    Ramalan kecantikan ketika memasuki 2024 adalah tentang merombak trend klasik, menerima gaya terkini dan meninggalkan gaya yang sudah lapuk.

    Pakar dalam dunia penjagaan kulit dan solekan telah memperkatakan dan membuktikannya.

    Berikut adalah apa yang pakar dan statistik daripada carian internet serta pandangan media sosial katakan akan menjadi trend kecantikan terbesar pada tahun 2024.

    Tahun lepas, solekan latte membuat paparan dalam segmen kecantikan dan pada tahun 2024, tema warna coklat serupa dijangka akan memberi kesan.

    Laporan Trend Kecantikan 2024 Beauty Pie telah mengira jumlah volum carian bagi beratus-ratus trend berbeza untuk melihat pertumbuhan terbesar dalam populariti dan minat bagi meramal trend yang akan popular pada tahun 2024.

    Solekan toffee bersandarkan trend warna tahun sembilan puluhan dengan palet warna coklatnya. – Instagram – Hailey Bieber
    Kulit halus akan menjadi agak popular tahun ini. – Innisfree
    Pemerah pipi dan warna merah jambu di seluruh muka termasuk mata, bibir dan pipi menjadi penyeri bagi solekan Balletcore. – Sephora

    Mereka telah mendapati daripada 10 trend solekan popular bagi tahun 2024, semuanya tertumpu pada rona coklat berkrim, di mana pencarian untuk ‘solekan espresso’ telah mencapai 678 peratus dalam tempoh enam bulan lalu berbanding enam bulan sebelumnya.

    Solekan espresso adalah mengenai solekan yang diperkaya dengan warna coklat yang menyerlah.

    Mankala solekan toffee pula menggunakan warna merah jambu dan merah yang lebih gelap, juga akan mendapat sambutan hangat tahun ini.

    Majalah Glamour menjelaskan trend itu bersandar kepada trend warna tahun sembilan puluhan dengan warna coklat paletnya, tetapi dengan alternatif yang diperkaya dengan warna karamel dan madu.

    Lined lip toffee, stick lip toffee, pembayang mata toffee matte dan alat solek monokromatik toffee secara keseluruhan berada di bawah trend solekan toffee.

    Bagi yang mula berjinak-jinak dengan solekan tersebut boleh mengambil inspirasi daripada pakar seperti Hailey Bieber, yang telah menggunakannya untuk penampilan lebih daripada satu kali.

    PENYELESAIAN KULIT

    Penjagaan kulit Ektoin sedang membentuk trend penjagaan kulit terbesar pada tahun 2024, menurut laporan trend Beauty Pie.

    Ia adalah terdiri daripada asid amino yang digunakan sebagai ramuan penjagaan kulit pelbagai fungsi yang menguatkan tisu kulit dan mengekalkan kelembapan.

    Skin streaming yang mendapat tempat kedua dalam kategori penjagaan kulit untuk trend menyokong rutin penjagaan kulit langsing bagi mengelakkan kerosakan tisu kulit awda.

    Pada asasnya, ia mengurangkan semula rutin penjagaan kulit awda, manakala dari segi penggunaan ia hanya memerlukan tiga atau empat produk sahaja bagi memenuhi keperluan kulit awda.

    Asasnya termasuk pembersih, serum antioksidan, pelembap dan pelindung matahari.

    Nombor tiga dalam senarai ialah semburan SPF, dengan carian meningkat sebanyak 90 peratus dalam tempoh enam bulan yang lalu, di mana ia adalah cara terbaik untuk menambah nilai SPF sepanjang hari ke atas solekan awda.

    SEDIKIT PENERANGAN

    Solekan yang memberikan kulit awda dalam keadaan lembut dan lembap telah menjadi kegemaran ramai pada masa kini, kerana orang ramai menyukai warna lembut yang sihat.

    Pada tahun ini, Byrdie.com meramalkan kulit halus, sama ada hasil asas dewy atau matte, akan menjadi agak popular dalam kalangan penggemar kecantikan.

    Kulit bercahaya dari dalam menjadikannya lebih popular berbanding sebelum ini, dengan kulit matte kembali sebagai trend, tetapi dengan sentuhan lembut.

    CANTIK DALAM WARNA MERAH JAMBU

    Solekan Balletcore memberi penghormatan kepada ballerina dan penampilan istimewa mereka dihiasi dengan rambut dalam sanggul bergaya dan palet warna pemerah pipi.

    Bagi penampilan itu, mulakan dengan pemerah pipi monokromatik dan warna merah jambu di seluruh muka termasuk mata, bibir dan pipi.

    Manakala bagi tekstur sutera balet, Glamour mencadangkan untuk menggunakan pembayang mata berwarna merah jambu, mutiara dan ungu.

    Kemudian gunakan penyerlah untuk memberikan titik tinggi pada wajah awda agar lebih berseri, dan mencuba gaya lip matte lembut iaitu menggunakan warna merah jambu.

    MATA YANG SUKA BERMAIN

    Celak grafik dan pembayang mata tebal sangat terkenal pada tahun 2023, dan arah trend ini tidak menunjukkan tanda-tanda akan perlahan.

    Pada tahun 2024, tampil lebih besar dan lebih berani dengan celak grafik atau berstruktur dan paparan pembayang mata yang menarik!

    Fikirkan warna yang berani, tetapi jika awda tidak begitu berani, hitam tua adalah yang baik dalam trend.

    Byrdie.com meramalkan akan ada kebangkitan semula pada pembayang mata biru dan penampilan celak grafik dengan sentuhan pastel matte.

    TREND BIBIR

    Sejak pelitup muka mula ditanggalkan, trend warna bibir telah berkembang dengan ketara. Bibir ombre, versi moden bibir bergaris gelap tahun 1990an ditetapkan untuk mempunyai momen pada tahun 2024.

    Ia mungkin kelihatan rumit, tetapi Allure.com menyarankan penampilan itu pada asasnya menyerlahkan warna semula jadi bibir awda dengan menggunakan dua warna gincu dalam jenis warna yang sama, tetapi warna yang sedikit berbeza seperti coklat dan merah jambu gelap.

    Menurut British Vogue, trend bibir berwarna cola ceri diilhamkan dan diperkaya oleh warna soda dan ceri yang terang.

    Penampilan itu menyifatkan trend tersebut sebagai menggabungkan warna merah dan coklat dengan tekstur berkilat, membiarkan bibir semula jadi awda mengintip melalui lapisan juicy warna cerah, untuk menyerlahkan musim panas yang sempurna.

    Trend itu semakin mendapat perhatian dalam kalangan pencinta kecantikan di serata dunia termasuk Kylie Jenner dan selebriti lain.

    Satu lagi trend bibir yang diguna pakai oleh selebriti termasuk Selena Gomez ialah bibir matte romantis.

    Pada tahun 2024, trend bibir matte semakin diperbaharui dengan rona yang lebih cerah, dan trend bibir matte yang kabur dalam rona romantis ditetapkan untuk mendominasi.

    Untuk mendapatkan rupa, campurkan gincu matte perlahan-lahan dari bahagian dalam bibir awda ke tengah dan luar, dalam lapisan tipis, menggunakan berus atau jari awda. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda