Monday, March 17, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump hadapi lebih banyak tuduhan babit kes dokumen sulit

    WASHINGTON, 28 JULAI – Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada kelmarin berdepan pertuduhan baharu membabitkan kes dokumen sulit, lapor media tempatan.

    Peguam khas Jack Smith mengemukakan pertuduhan tambahan terhadap Trump pada kelmarin, termasuk menghalang dan menyimpan maklumat pertahanan negara secara sengaja.

    Tuduhan menghalang tertumpu pada percubaan memadam rakaman kamera keselamatan di estet Mar-a-Lago Trump di Florida selepas Jabatan Kehakiman mengeluarkan sepina terhadapnya, lapor Xinhua.

    Dakwaan yang dikemas kini menambah pertuduhan menyimpan maklumat pertahanan negara secara haram.

    Tuduhan baharu itu adalah mengenai Trump membincangkan mengenai rakaman audio dokumen sulit dalam simpanannya.

    Trump menghadapi 40 pertuduhan dalam kes dokumen sulit Mar-a-Lago. – Bernama

    Tuduhan baharu itu adalah mengenai Trump membincangkan mengenai rakaman audio dokumen sulit dalam simpanannya. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda