Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tubuh pusat servis, gaji lepasan graduan

    Rata-rata setiap keluarga di negara kitani mempunyai lebih daripada sebuah kereta.Oleh itu, bayangkan berapa juta kereta yang ada di Brunei.

    Namun, adakah bengkel kereta yang ada sekarang dapat menampung keperluan dan permintaan pengguna kereta yang begitu ramai? Saya rasa jawapannya adalah tidak, kerana mengikut pemantauan saya, bengkel kereta tempatan yang benar-benar bertauliah masih belum mencukupi.

    Kebanyakan bengkel kereta walaupun beroperasi secara sah namun pekerja yang benar-benar pakar dan berpengalaman masih lagi kurang dan belum mencukupi.

    Hendak bergantung pada pusat servis rasmi yang sedia ada sentiasa penuh dan terpaksa membuat tempahan awal.

    Jadi untuk kereta yang walk-in atau kereta yang rosak tiba-tiba pula terpaksa ditangguhkan untuk diperiksa malah diperbaiki setelah kereta yang menempah awal didahulukan.

    Gambar Freepik

    Selain itu, alat ganti dan cas membaiki kerosakan di pusat servis (ejen kereta) juga mahal berbanding di bengkel kereta lain.

    Oleh itu, ada baiknya ditubuhkan sebuah bengkel yang menggaji 100 peratus anak tempatan atau lepasan graduan dari IBTE dengan perkhidmatan setaraf dengan pusat servis rasmi yang berkualiti namun mampu dibiayai.

    Oleh itu, saya berpendapat bengkel kereta tempatan seharusnya ditambah dan ditingkatkan perkhidmatannya.

    Saya cadangkan juga agar pihak relevan dapat mengawal dan mengawasi bengkel kereta atau ejen pusat servis dengan lebih ketat dan mengambil tindakan terhadap bengkel yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan.

    Selain itu, saya juga cadangkan agar pihak berkuasa dapat memberi insentif dan bantuan kepada bengkel kereta tempatan yang ingin meningkatkan kualiti dan perkhidmatan mereka seperti memberi subsidi, pinjaman, latihan atau lesen.

    Saya rasa, ini satu langkah baik untuk menggalakkan usahawan muda yang berminat dan berbakat dalam bidang automotif dan memberi mereka peluang membina kerjaya bersesuaian dengan bidang yang dipelajari dan diminati.

    Saya percaya dengan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak, kita dapat meningkatkan industri bengkel kereta dan menjadikan negara kita maju dan moden dalam bidang automotif.

    Riz mekanik

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...