Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pastikan pelajar tidak terjebak Energy Stick

    NILAI, 6 FEB – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mahu ibu bapa dan sekolah bekerjasama dengan memberi perhatian serius bagi memastikan pelajar tidak terjebak terhadap pengambilan produk penyedut hidung atau energy stick.

    Beliau berkata perkara itu sentiasa diingatkan dari semasa ke semasa selain segala pandangan daripada ibu bapa serta guru sangat diperlukan dalam menangani
    penggunaan produk itu dalam kalangan pelajar.

    “Saya minta ibu bapa dan sekolah ambil perhatian isu ini. Pelajar pula jangan ambil (energy stick), tumpukan kepada pendidikan dan kesihatan, luangkan masa dengan melakukan program berfaedah serta jangan ambil benda yang memberi kesan kepada kesihatan kita.

    “Kementerian Kesihatan (KKM) juga telah ambil tindakan. Kementerian Pendidikan (KPM) ambil semua pandangan, sebab itu kita (KPM) sokong apa sahaja tindakan dan bekerjasama dengan KKM untuk pastikan ia (pengambilan energy stick) dapat dikawal dan ditangani sebaiknya,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Perpaduan Silang Budaya dan Agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Peringkat Negeri Sembilan 2024 yang di-rasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun di sini hari ini.

    Pada Ahad lepas, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan mengakui pihaknya menerima aduan dan akan mengambil tindakan segera berhubung produk itu yang giat dijual dan dipromosikan menerusi media sosial.

    Public Health Malaysia (PHM) sebelum ini turut memaklumkan produk pemula yang boleh mejerat pengguna kepada vape dan dadah itu adalah terkini di pasaran dan mula popular dalam kalangan pelajar selain dijual dengan harga serendah RM2.50 hingga RM10.
    – Bernama

    Fadhlina Sidek ketika sidang media selepas Program Perpaduan Silang Budaya di Sekolah Menengah Kebangsaan Nilai Impian, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...