Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JUN – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) memperingati ulang tahun ke-56 dengan mengadakan majlis sambutan yang berlangsung di Dewan Punai, Pangkalan TUDB, hari ini. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Pemerintah TUDB, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim.