Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tujuh maut dalam kemalangan jalan raya

    AYBAK, AFGHANISTAN, 21 FEB – Satu kejadian kemalangan jalan raya telah meragut tujuh nyawa dan mencederakan dua yang lain di wilayah Samangan di utara Afghanistan kelmarin, kata Ketua Hospital Awam wilayah, Sayed Usman Hamidi, hari in.

    Dua wanita dan seorang kanak-kanak adalah antara mangsa, kata Hamidi, sambil menambah dua orang yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

    Memandu secara cuai di jalan raya yang sesak dan kurang langkah keselamatan semasa perjalanan sering meragut nyawa pengembara di Afghanistan.

    Lebih daripada 1,600 orang maut dan lebih daripada 4,000 yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya di Afghanistan dalam tempoh 10 bulan yang lalu, menurut data rasmi.- Xinhua

    Gambar hiasan Freepik.

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...