Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tujuh pelajar terima sumbangan kaca mata

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 1 NOV – Dalam memperingati Hari Penglihatan Sedunia yang disambut pada setiap setiap 12 Oktober, ahli Kelab Lions Belait sekali lagi pergi ke Sekolah Chung Hwa, Labi untuk menyerahkan cermin mata preskripsi kepada pelajar, kelmarin.

    Hari Penglihatan Sedunia juga bertujuan untuk mempromosikan kepentingan kesihatan mata.

    Mengetuai kumpulan itu ialah Naib Presiden Kedua, Johnny Cheong bersama Pengerusi Wilayah 5, Joseph Teo dan Lion Robert Chew, untuk menyerahkan cermin mata preskripsi kepada tujuh orang pelajar.

    Dengan cermin mata preskripsi yang disumbangkan oleh VisionCare Kuala Belait, kumpulan itu berharap cermin mata yang baharu dipreskripsi itu dapat memberikan manfaat kepada pelajar bukan sahaja di sekolah tetapi juga dalam kehidupan seharian mereka.

    Ahli Kelab Lions Belait, guru dan pelajar dari Sekolah Chung Hwa, Labi bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KELAB LIONS BELAIT
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...