Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tular culik: Tiada aduan diterima, polis nasihat waspada

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 FEB – Berikutan berita yang tular mengenai seorang penculik menyamar sebagai ibu bapa kepada seorang murid di sebuah sekolah tadika, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memaklumkan bahawa setakat ini tidak ada sebarang laporan atau aduan diterima daripada ibu bapa, penjaga murid atau pihak sekolah mengenai perkara tersebut.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pihak polis menyarankan ibu bapa atau penjaga murid dan pihak berkenaan agar datang ke balai-balai polis berdekatan bagi membuat laporan polis.

    Pihak polis juga menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian kecemasan 993 atau balai-balai polis yang berdekatan jika mendapati orang-orang yang mencurigakan berada di kawasan sekolah.

    Di samping itu, pihak polis menyarankan ibu bapa atau penjaga murid agar dapat meningkatkan kewaspadaan dan tidak memberi ruang kepada individu-individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan melakukan jenayah semasa murid-murid berada di sekolah seperti mengambil anak-anak balik dari sekolah tepat pada waktunya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...