Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tumpahan minyak ancam penyu bertelur

    CHENNAI, India, 3 Feb – Beratus pelajar dan nelayan sedang bekerja hari ini untuk membersihkan tumpahan minyak di pantai selatan India yang dikatakan oleh pekempen mengancam penyu yang bertelur di sana setiap tahun.

    Pengawal Pantai India berkata garis pinggir sepanjang 35 kilometer di luar bandar selatan Chennai telahpun terjejas oleh tumpahan yang berlaku apabila dua buah kapal membawa minyak berlanggar minggu lalu.

    Pekempen dan nelayan telah menuduh kerajaan lambat membendung kerosakan akibat tumpahan, skala kerosakan hanya timbul dalam beberapa hari ini.

    “Apa yang harus menjadi kejadian setempat kini telah menjadi peristiwa serantau disebabkan penafian kebudayaan,” kata Nityanand Jayaraman, aktivis alam sekitar yang berpangkalan di Chennai.

    Jayaraman memberitahu AFP ia merupakan musim bertelur kemuncak untuk penyu Olive Ridley, yang berenang ke pantai India Selatan untuk bertelur selepas mengawan di laut.

    Seorang petugas mengambil sampel tumpahan minyak di tepi pantai selatan India, kelmarin, sehari selepas sebuah kapal minyak berlanggar dengan sebuah kapal membawa gas cecair asli di luar Pelabuhan Kamarajar di Ennore pada 30 Januari lalu. – AFP
    Seorang petugas mengambil sampel tumpahan minyak di tepi pantai selatan India, kelmarin, sehari selepas sebuah kapal minyak berlanggar dengan sebuah kapal membawa gas cecair asli di luar Pelabuhan Kamarajar di Ennore pada 30 Januari lalu. – AFP

    “Kuncinya bukan teknologi tetapi kejujuran. Anda perlu mendedahkan sejauh mana kerosakan jika tidak ia membawa kepada sikap mudah berpuas hati. Dengan tumpahan minyak, kesan jangka panjang sudah pasti timbul,” kata beliau.

    Olive Ridley adalah spesis penyu yang boleh didapati paling banyak berbanding penyu laut di seluruh dunia, menurut WWF India, namun jumlah mereka telahpun merosot dan spesis itu diiktiraf sebagai mudah terancam oleh senarai Merah IUCN.

    Sarang unik mereka, di mana beribu-ribu penyu betina berkumpul di pantai yang sama untuk bertelur, menjadi tarikan pelancong.

    Tidak diketahui berapa banyak penyu telah terjejas, tetapi gambar AFP menunjukkan pekerja dalam sut keselamatan membuang seekor penyu mati dari pantai pada minggu ini. Nelayan tempatan juga mengkritik respon pegawai yang lambat terhadap tumpahan.

    “Mereka (pihak berkuasa) tidak membersihnya dengan serta merta, dan sekarang ia telah merebak ke semua pantai, termasuk pantai Marina,” kata K. Bharati, daripada Persatuan Kebajikan Nelayan di India Selatan, merujuk kepada pantai tempatan yang popular.

    Anggota sukarelawan memakai sarung tangan boleh dilihat menceduk tar tebal dengan penyodok di luar Pelabuhan Kamarajar di Chennai, ibu negeri Tamil Nadu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda