Monday, February 3, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turkiye lancar kapal layar kargo terpanjang di dunia

    TUZLA, 2 FEB – Turkiye melancarkan Neoliner Origin, kapal kargo berkuasa angin terpanjang di dunia pada Jumaat, sebagai usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam perdagangan global.
     
    Kapal sepanjang 136 meter yang direka syarikat dari Perancis, Neoline dan dibina limbungan Turkiye, RMK Marine itu dilancarkan di pelabuhan Tuzla.
     
    Kapal dilengkapi dua tiang dan layar berukuran 3,000 meter persegi itu mampu membawa muatan sehingga 5,300 tan bagi perjalanan jarak jauh.
     
    Menurut Jean Zanuttini, Presiden Neoline yang berpangkalan di Nantes, penggunaan angin dan pengurangan kelajuan dari 15 knot (kira-kira 30 kilometer sejam) kepada 11 knot, kapal itu boleh mengurangkan penggunaan bahan api serta pelepasan karbon sehingga lima kali ganda berbanding kapal konvensional.
     
    Dengan kira-kira 90 peratus daripada perdagangan dunia menggunakan laluan laut, sektor pengangkutan maritim  menyumbang kira-kira  tiga peratus daripada pelepasan gas rumah hijau, menurut Pertubuhan Maritim Antarabangsa.
     
    Ia dijadual belayar dari Turkiye ke pelabuhan Atlantik Perancis, Saint-Nazaire pada musim panas tahun ini, sebelum memulakan pusingan pertama ke Amerika Utara, seterusnya ke pulau Perancis Saint-Pierre-et-Miquelon, pelabuhan Baltimore di Amerika Syarikat dan Halifax di Kanada.
     
    Projek berkenaan menerima sokongan daripada bank pelaburan awam Perancis (BPI) dan syarikat perkapalan Perancis, CMA-CGM.
     
    Zanuttini turut mengesahkan bahawa pembinaan kapal kedua akan dimulakan tidak lama lagi. – AFP
    Kapal kargo berkuasa angin terpanjang di dunia, Neoliner Origin yang dilancarkan di Turkiye pada 30 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda