Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Turkiye, Syria sekali lagi dilanda gempa

    ANTAKYA,TURKIYE, 21 FEB – Gempa berukuran 6.4 magnitud menggegarkan wilayah selatan Turkiye di Hatay dan utara Syria, kelmarin, mengorbankan enam orang dan mencetuskan kejadian panik susulan kejadian gempa 6 Februari lalu yang menyebabkan hampir 45,000 orang terkorban di kedua- dua buah negara tersebut.

    Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleyman Solyu berkata tiga orang terkorban dan 213 orang lagi dibawa ke hospital, sementara di Syria Helmet Putih berkata lebih 130 orang cedera dan beberapa bangunan yang sudah rosak telah runtuh.

    Gempa yang berlaku kelmarin melanda bandar Defne di Turkiye pada 8:04pm dan dirasai olehpasukan AFP di bandar Antakya. Gegaran turut dirasai di Lubnan.

    Agensi pengurusan bencana Turkiye berkata satu lagi gegaran berukuran 5.8 magnitud menyusuli tiga minit kemudian dan titik gempa berlaku di daerah Samandag di Hatay.

    Agensi merekodkan dua lagi gegaran 5.2 magnitud kira-kira 20 miniy selepas gegaran pertama kelmarin.

    Imej daripada agensi berita DHA menunjukkan sebuah hospital di Antakya dikosongkan, sementara penyiar NTV melaporkan sebuah lagi hospital dikosongkan di bandar Iskenderun.- AFP

     

     

    Para penyelamat mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan selepas kejadian gempa yang berlaku di wilayah Hatay, Turkiye, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...