Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Turkiye terima 56.7 juta pelancong pada 2023

    KUALA LUMPUR, 5 FEB – Turkiye antara destinasi pelancongan terkemuka dunia menerima kedatangan 56.7 juta pelancong antarabangsa pada 2023 atau peningkatan 10 peratus tahun ke tahun.

    Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turkiye dalam satu kenyataan memaklumkan pendapatan pelancongan negara itu meningkat 17 peratus tahun ke tahun mencecah AS$54.3 bilion dan purata perbelanjaan sehari mencecah AS$99.

    Angka terbabit mencatat paras tertinggi sepanjang masa untuk Turkiye, mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan utama bagi pelancong global.

    Terkenal dengan kebudayaan, kesenian, gastronomi, berbasikal dan pelancongan berunsurkan keagamaan, Turkiye menyaksikan kejayaan yang berterusan pada 2023.

    “Negara kini menyasarkan untuk menarik 60 juta pelancong dan menjana pendapatan pelancongan sebanyak AS$60 bilion menjelang 2024 manakala tumpuan strategik Turkiye terhadap kepelbagaian pasaran akan terus memacu strategi pelancongan pada tahun mendatang,” menurut kenyataan itu.

    Kenyataan itu turut menekankan bahawa Turkiye mencipta sejarah dengan menjadi yang pertama menandatangani Protokol Kelestarian dengan ‘Majlis Pelancongan Lestari Global’ (GSTC) di peringkat kerajaan pada 2022 dan komitmen ini telah diterjemahkan ke dalam Program Pelancongan Lestari Turkiye.

    “Komitmen Turkiye untuk memelihara warisan budaya terbukti melalui cari gali arkeologi dan projek pemulihan yang meluas. Pada 2023, Turkiye meningkatkan projek arkeologinya kepada 720 dengan rancangan untuk mencapai 750 pada 2024, mengukuhkan kepimpinannya dalam memelihara warisan budaya,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...