Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    KKR mohon lebih banyak peruntukan selenggara jalan di Sarawak

    MIRI, 5 FEB – Kementerian Kerja Raya akan berusaha untuk menyelenggarakan jalan-jalan Persekutuan di Sarawak dengan memohon lebih banyak peruntukan bagi merealisasikan hasrat itu.

    Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata jurang tunggakan penyelenggaraan jalan-jalan Persekutuan di wilayah itu adalah besar dan pihaknya ingin mengecilkannya.

    Beliau berkata penyelenggaraan sebahagian daripada jalan terbabit yang sudah berusia dan melepasi tempoh selenggaraan dapat dilaksanakan tahun ini selepas kerajaan pusat menambah peruntukan kerja berkala bagi Sarawak pada akhir tahun kepada RM105.9 juta.

    “Dalam setahun ke setahun bajet memang kita (Sarawak) diberi selama ini hanya dalam lingkungan 25 peratus. Cuma untuk 2024, bajet telah dibentang dan diluluskan, dengan akhir tahun lepas kita dapat tambahan. Oleh itu, kita berterima kasihlah kepada kerajaan sebab sensitif kepada keperluan ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi projek Menaiktaraf Bulatan Pujut 3 Kepada Persimpangan Lampu Isyarat di sini hari ini.

    Menurut Nanta peruntukan kerja berkala yang diterima Sarawak pada 2020 ialah RM59.838 juta, 2021 (RM91.050 juta), 2022 (RM81.23 juta) dan 2023 (RM82.18 juta).

    Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas untuk menjemput Sarawak menyertai Kempen MYJalan bagi mengumpul data induk dalam menganalisis kerosakan dan memperbaiki jalan raya di wilayah itu.

    Uggah, katanya bersetuju dan memberikan indikasi awal bahawa perlu ada perbincangan lanjut untuk memperhalusi perkara berkenaan kerana Timbalan Premier itu meli-hat kempen itu dapat memanfaatkan pengguna jalan raya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...