Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Turun padang lihat situasi sebenar

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Konsep turun padang adalah satu amalan terbaik bagi memahami situasi rakyat yang mana kaedah ini juga menjadi amalan para pemimpin yang ternama di serata dunia.

    “Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga mengamalkan konsep turun padang dengan mengadakan lawatan mengejut yang tidak berjadual di kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan juga syarikat swasta.”

    Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann dalam ucapan menjunjung kasih pada hari kedua persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) ke-20, hari ini, seterusnya menambah, amalan tersebut perlu dijadikan sebagai asas kepada setiap kakitangan kerajaan.

    “Ini adalah bagi mengetahui permasalahan dan hal ehwal rakyat terutama sekali dalam membuat dasar atau polisi kerajaan mahupun membuat sebarang perubahan dalam menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai,” tambahnya di Dewan Persidangan, Bangunan Dewan Majlis.

    Mengenai hala tuju pengusaha produk Satu Kampung Satu Produk (1K1P) dan peniaga perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), Yang Berhormat Haji Mohammad berkata, tidak dinafikan sudah ada program sebelumnya disediakan oleh pihak-pihak berkepentingan bagi membantu meningkat kualiti dan kuantiti produk mereka.

    Yang Berhormat Awang Mohammad dalam ucapan menjunjung kasih pada hari kedua persidangan MMN ke-20. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...