Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Dapatkan khidmat pakar gigi, mulut pada 3 Mac ini

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Perkhidmatan Pergigian, Kementerian Kesihatan akan mengadakan acara sempena Sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2024 di OneCity Shopping Centre, Jalan Salambigar pada 3 Mac, dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.

    Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan datang ke acara berkenaan untuk menyertai pemeriksaan gigi dan menggunakan aplikasi pencegahan varnis fluorida yang telah disediakan.

    Orang ramai juga bakal berpeluang untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pelbagai pakar pergigian termasuk mengenai bahayanya pendakap palsu dan venir palsu.

    Semasa acara itu, khidmat nasihat kerjaya dan peluang pekerjaan di perkhidmatan pergigian seperti doktor gigi, juruhigin juruterapi pergigian dan pembantu pergigian turut ditawarkan.

    Hadiah menarik juga akan disediakan bagi pelbagai permainan, cabutan bertuah dan kepada peserta yang mempunyai kesihatan mulut yang bagus.

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...