Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tutong Buzz kembali lagi

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TUTONG, 1 DIS – Dalam memeriahkan penghujung cuti persekolahan sekali gus bersempena Hari Bertindak (DoA), Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sengkarai, Jabatan Daerah Tutong, Jabatan Bandaran Daerah Tutong dan Badan Kemajuan Kreatif Daerah Tutong kembali bersama menganjurkan Tutong Buzz di Kawasan Letak Kereta Kompleks Cempaka, Pekan Tutong selama tiga hari bermula hari ini.

    Acara yang turut disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) itu merupakan Bazar Komuniti Hujung Minggu yang turut diisi dengan acara-acara dan aktiviti yang menyumbang kepada meningkatkan sosioekonomi di kawasan Pekan Tutong yang dapat dimanfaatkan oleh komuniti pengusaha mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan termasuklah golongan pengusaha Satu Kampung Satu Produk (1K1P), bukan hanya dalam kalangan Daerah Tutong bahkan juga daerah-daerah lain.

    Dalam pada itu, orang ramai juga berpeluang berbagi rezeki menerusi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin Gaza Tahun 2023 sepanjang acara berlangsung.

    Pelbagai produk 1K1P merangkumi makanan dan minuman, seni kraftangan, anyaman, dan sebagainya diketengahkan oleh golongan pengusaha tempatan semasa acara berkenaan.

    Ia begitu jelas menonjolkan semangat juang mereka dalam berusaha berinovasi, rela berjarih dan berkarih, hingga mendorong keupayaan ke arah kematangan dan sikap berdikari demi menjana perekonomian diri, keluarga dan negara.

    Antara jualan produk 1K1P yang diketengahkan oleh golongan pengusaha tempatan semasa berlangsungnya acara Tutong Buzz. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...