Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Twitter Blue dilancarkan hari ini

    WASHINGTON, 11 DIS – Twitter Blue akan mula dilancarkan minggu depan, lapor Sputnik.

    “Kami akan melancarkan semula @TwitterBlue pada Isnin,” menurut Twitter di halaman rasminya semalam.

    Twitter akan mula mengenakan bayaran AS$8 sebulan bagi langganan menerusi sesawang, manakala langganan iOS berharga AS$11 sebulan.

    Ciri berbayar termasuk tanda semak biru, keupayaan menyunting ciapan, memuat naik video berkualiti tinggi dan paparan mod pembaca.

    “Kami akan mula menggantikan label ‘rasmi’ dengan tanda semak berwarna emas bagi perniagaan, dan tanda semak berwarna kelabu untuk akaun kerajaan dan pelbagai hala.

    “Pelanggan dapat menukar ketetapan termasuk nama paparan dan foto, tetapi jika mereka berbuat demikian, mereka akan kehilangan tanda semak biru buat sementara waktu sehingga akaun mereka disemak semula,” menurut Twitter.

    Pada akhir Oktober, jutawan Elon Musk memuktamadkan pemerolehan ke atas Twitter bernilai AS$44 bilion.

    Musk merombak operasi harian syarikat, termasuk menamatkan perkhidmatan separuh pekerjanya dan eksekutif Twitter yang bertanggungjawab ke atas penetapan privasi, keselamatan siber dan penapisan platform berkenaan. – Bernama

    Papan tanda di ibu pejabat Twitter digambarkan di San Francsico. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Kempen kebersihan kumpul 1,103.28kg sampah

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 12 NOV –...

    YMRM buka semula cawangan di Batu Satu

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 12 NOV –...

    Pengguna TweetDeck perlu bayar

    SAN FRANCISCO, 16 OGOS - Aplikasi media sosial, TweetDeck...

    Langganan Netflix meningkat 6 juta

    SAN FRANCISCO, 20 JULAI - Netflix semalam berkata langganan...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...