Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    UAE kritik perjanjian OPEC+ tidak adil

    DUBAI, 4 JULAI – Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini mengkritik perjanjian pengeluaran minyak di kalangan anggota OPEC+ sebagai ‘tidak adil’, menawarkan untuk melanjutkan perjanjian hanya sekiranya pengeluaran dikaji semula.

    Dalam perbalahan yang mungkin menjejas pemulihan pasaran tenaga pasca pandemik, usaha UAE untuk menambah pengeluaran dilaporkan telah menjejaskan mesyuarat gabungan negara pengeluar minyak pada minggu lalu.

    Perjanjian sekarang ‘akan melanjutkan jumlah pengeluaran tidak adil UAE sehingga Disember 2022, daripada perjanjian sedia ada yang berakhir pada April 2022,’ kata kementerian tenaga dan infrastruktur, dipetik oleh agensi berita WAM.

    “UAE rela melanjutkan perjanjian seterusnya, jika diperlukan, namun memohon meminta rujukan pengeluaran dikaji semula untuk memastikan mereka adil kepada semua pihak apabila satu pelanjutan dipersetujui.”

    Rundingan menerusi sidang video diadakan pada Jumaat di antara 13 negara anggota OPEC dipimpin oleh Arab Saudi, diikuti oleh mesyuarat teknikal dan perbincangan di antara 23 anggota OPEC+. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda