NYON, 1 APRIL – Bayern Munich dan Eintracht Frankfurt telah dikenakan denda kerana peminat mereka telah menayangkan sepanduk berunsur ofensif sewaktu perlawanan, UEFA berkata kelmarin.
Bayern telah diperintahkan untuk membayar 20,000 euro ($22,000) kerana ‘menyampaikan mesej provokasi yang boleh menyinggung’ ketika perlawanan Liga Juara-juara menentang Chelsea pada bulan Februari lalu.
Penyokong Bayern membentangkan sepanduk dalam Bahasa Inggeris membantah ‘harga (tiket) yang tidak munasabah’ dikenakan kepada penyokong lawan oleh kelab.
UEFA turut mengenakan denda tambahan kepada Bayern sebanyak 20,000 euro ($22,000) kerana kekecohan penyokong di Stamford Bridge, di mana juara Jerman menang 3-0 dalam pusingan pertama kelompok 16 terakhir. Perlawanan timbal balik masih belum berlangsung.
Penyokong Eintracht telah memaparkan satu slogan yang ditujukan kepada UEFA dan pasukan lawan, Salzburg dalam perlawanan Liga Europa pada bulan Februari.
Salzburg mempunyai hubungan pemilikan dan penajaan dengan firma minuman tenaga yang dimiliki oleh kelab Jerman, Leipzig.
UEFA telah mendenda Eintracht sebanyak 15,000 euro ($16,500) kerana ‘menyampaikan mesej provokasi’ dan 10,000 euro ($11,000) kerana ‘membawa UEFA kepada perbalahan’ Jumlah keseluruhan sebanyak 57,000 euro ($62,800) dengan tambahan peraturan pelanggaran pengurusan stadium.
Manchester City membuat rayuan ke atas larangan selama dua tahun oleh UEFA dari menyertai Liga Juara-juara, dan dikenakan denda sebanyak 3,000 euro ($3,300) kerana melanggar peraturan dalam perlawanan terbaharu mereka dalam kejohanan. UEFA memetik satu peraturan bahawa saiz logo penaja di jaket pemanasan badan dalam mengumumkan ‘perlanggaran kit’ sebelum kemenangan City 2-1 di Real Madrid bulan Februari lalu.
Tiada tarikh yang telah diumumkan oleh Mahkamah Timbang Tara untuk pendengaran sukan di mana City akan menentang perintah larangannya yang didakwa UEFA dan melanggar peraturan pemantauan kewangan. – AP