Thursday, October 17, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Uganda pertimbang tambah vaksin malaria dalam program imunisasi rutin

    KAMPALA, 16 OKT – Kementerian Kesihatan Uganda mengumumkan rancangan untuk memasukkan vaksin malaria ke dalam jadual imunisasi kebangsaan. Langkah itu bertujuan untuk memerangi malaria dan mengurangkan kadar kematian kanak-kanak di seluruh negara, lapor Xinhua.

    Vaksin malaria akan diperkenalkan pada April 2025 menyasarkan kanak-kanak berumur enam bulan hingga lima tahun, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

    Menurut kementerian itu, bagi setiap 10 pesakit di Uganda, tiga didiagnosis menghidap malaria. Penyakit ini menjejaskan kanak-kanak kecil, dengan enam daripada setiap 10 kanak-kanak di bawah umur lima tahun dimasukkan ke hospital dan menghadapi risiko kematian yang tinggi.

    Daripada setiap 100 wanita hamil, 20 menderita malaria dan berisiko kehilangan anak damit mereka dan nyawa mereka sendiri.

    “Rancangan memberi vaksin malaria akan mengukuhkan usaha kerajaan dalam mengurangkan lagi kes dan kesan buruk malaria serta menyumbang kepada kelangsungan hidup kanak-kanak secara keseluruhan dan mengurangkan kematian terutama dalam kalangan anak damit dan kanak-kanak,” menurut kementerian itu. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda