Saturday, February 8, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    UK baharui komitmen terhadap keselamatan Teluk

    LONDON, 24 Feb – Perdana Menteri United Kingdom (UK), Theresa May kelmarin menerima lawatan rasmi daripada Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammad bin Zayed Al Nahyan bagi membincangkan pelbagai hal berkaitan keselamatan serantau, pertahanan dan perdagangan.

    Ketika perjumpaan rasmi dua hala mereka itu, Perdana Menteri dan Putera Mahkota telah bersetuju dalam usaha-usaha kepentingan untuk memerangi keganasan dan membawa kestabilan di Timur Tengah, seorang jurucakap Downing Street berkata.

    “Perdana Menteri itu mengulangi mesej yang disampaikannya kepada Ketua-Ketua Negara Jawatankuasa Kerjasama Teluk (GCC), bahawa keselamatan Teluk adalah dasar keselamatan kita dan kita kekal rakan komited dalam agenda ini.

    “Dalam isu-isu serantau, mereka bersetuju dalam keperluan untuk mencari penyelesaian terhadap konflik-konflik di Syria dan Yaman dan menegaskan kepentingan penyelesaian politik inklusif sebagai satu-satunya cara untuk membawa kestabilan jangka panjang, dedah jurucakap itu.

    “Perdana Menteri itu membincangkan mengenai persidangan di Somalia di mana UK akan menghoskan tahun ini dan mengalu-alukan komitmen Putera Mahkota untuk bekerjasama bagi memastikan kemajuan Somalia baru-baru ini boleh diteruskan. – NNN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda