LONDON, 15 NOV – United Kingdom (UK) akan membelanjakan AS$93.8 juta untuk menyokong 10 juta orang di negara selatan global beralih kepada kaedah memasak menggunakan tenaga bersih dan berhenti menggunakan kayu atau arang batu.
Menteri Pembangunan, Anneliese Dodds akan mengumumkan pakej pembiayaan itu pada sidang kemuncak iklim COP29 di Azerbaijan, lapor PA Media/dpa.
Kira-kira 2.1 bilion orang di seluruh dunia masih perlu memasak menggunakan kayu api, arang atau bahan api pencemar lain.
Dodds berkata Britain kembali dengan suara di pentas dunia dan menerajui inisiatif baharu untuk menyokong kesihatan dan alam sekitar. – Bernama