Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    UK lancar sidang AI pertama di dunia

    BLETCHLEY PARK, 1 NOV – Sidang kemuncak besar pertama di dunia mengenai keselamatan kecerdasan buatan (AI) bagi membicarakan kebaikan dan keburukan teknologi itu, membuka tirainya di United Kingdom (UK), hari ini.

    Melalui persidangan itu, barisan pemimpin politik dan teknologi dijangka membincangkan kemungkinan tindak balas terhadap teknologi yang mengubah kehidupan masyarakat seluruh dunia.

    Perdana Menteri UK, Rishi Sunak; Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris; Ketua Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, dijadual menghadiri persidangan dua hari itu.

    Ia akan memberikan tumpuan kepada peningkatan kebimbangan berhubung kesan AI terhadap kehidupan seharian masyarakat dan langkah mengawal selia teknologi itu.

    Pelancaran model terbaharu menyaksikan sekilas gambaran berhubung potensi AI, juga menimbulkan kebimbangan mengenai isu kehilangan pekerjaan, serangan siber dan kawalan manusia terhadap sistem komputer pintas itu.

    Minggu lalu, Sunak, dalam ucapannya menyentuh mengenai matlamat utama persidangan menjelaskan pendekatan keselamatan yang lebih bersifat antarabangsa dengan jalinan kerjasama rakan kongsi untuk memastikan AI selamat sebelum ia dilancarkan.

    “Kami akan berusaha untuk bersetuju dengan pendirian antarabangsa yang pertama mengenai risiko ini,” katanya sambil membuat perbandingan terhadap pendekatan yang diambil membabitkan perubahan iklim.

    Sunak turut menekankan keperluan untuk negara membangunkan pemahaman bersama berhubung risiko yang dihadapi daripada AI. – AFP

    Setiausaha Sains, Inovasi dan Teknologi, Michelle Donelan bercakap semasa Sidang kemuncak Keselamatan AI di Bletchley Park, tengah England kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...