Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    UK sahkan kes pertama selesema babi pada manusia

    LONDON, 28 N0V – Pejabat kesihatan awam United Kingdom (UK) kelmarin berkata mereka telah mengesahkan kes pertama manusia yang dijangkiti oleh selesema babi yang serupa dengan virus disebar oleh khinzir.

    Virus varian H1N2 telah disahkan terhadap seorang yang telah diuji oleh doktor setelah mengalami simptom pernafasan.

    Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) berkata bahawa virus varian H1N2 sebelum ini tidak pernah dikesan pada manusia di negara itu.

    “Kami sedang berusaha untuk menjejaki kontak rapat dan mengurangkan sebarang potensi penularan,” kata pengarah insiden agensi tersebut, Meera Chand.

    Individu yang dijangkiti mengalami sakit ringan dan telah pulih sepenuhnya, menurut kenyataan agensi itu. Walau bagaimanapun, sumber jangkitan masih belum ditentukan dan sedang disiasat.

    Ketua Pegawai Veterinar UKHSA, Christine Middlemiss, menyatakan maklumat veterinar dan saintifik disediakan untuk membantu siasatan.

    Virus Influenza A (H1) merupakan endemik dalam populasi khinzir di kebanyakan kawasan di dunia. Virus H1N1, H1N2, dan H3N2 merupakan subjenis utama daripada virus selesema khinzir A yang dikesan pada khinzir.

    Ia kadang-kadang menjangkiti manusia, biasanya selepas terdedah secara langsung atau tidak langsung kepada khinzir atau persekitaran yang tercemar. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...