Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Gabenor Texas terjun udara bersama veteran Perang Dunia

    TEXAS, 28 NOV – Gabenor Republikan, Greg Abbott kelmarin melakukan payung terjun buat kali pertama, melengkapkan terjunan seiringan dari ketinggian kira-kira 2,400 meter di atas pinggiran bandar antara Austin dan San Antonio.

    Dia disertai oleh askar veteran Perang Dunia Kedua berusia 106 tahun, Al Blaschke, yang terjun secara berasingan.

    Blaschke sebelum ini pernah memegang gelaran pemegang Rekod Dunia Guinness untuk payung terjun beriringan tertua.

    Bulan lalu, seorang wanita berusia 104 tahun dari Chicago melakukan payung terjun dalam usaha untuk menjadi pemegang rekod baru. Dia meninggal seminggu selepas itu.

    Abbott berkata dia pernah terfikir untuk melakukan payung terjun sebelum ini.

    Gabemor Texas, Greg Abbott melakukan payung terjun secara beriringan pada 27 November, di Fentress, Texas. Abbott dijemput untuk melakukan payung terjun bersama seorang veteran Perang Dunia Kedua berusia 106 tahun, Al Blaschke. – AP

    “Perkara yang paling mengujakan ialah apabila awda melompat keluar dari pesawat dan awda hanya dalam terjun bebas,” kata Abbott kepada wartawan selepas mendarat.

    Abbott, yang berusia 66 tahun, menggunakan kerusi roda dan lumpuh dari pinggang ke bawah, sejak sebatang pokok menghempapnya semasa dia masih menuntut di sekolah undang-undang ketika muda.

    Dia bergurau dengan wartawan selepas terjun bahawa ketakutannya yang terbesar menjadi kenyataan, “Saya akan mendarat, dan saya tidak akan dapat menarik diri,” katanya sambil tersenyum.

    Abbott berkata mereka ingin melakukan payung terjun beberapa minggu yang lalu ketika cuaca lebih panas tetapi hujan menghalang rancangan tersebut.

    Namun pagi kelmarin cuaca sejuk di Texas mengizinkan Abbott dan Blaschke melakukan terjunan mereka.

    “Beliau seorang profesional yang berpengalaman,” kata Abbott. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...